Tuesday, August 11, 2009

Di Kampung - Chenderong Balai Teluk Intan

Assalamualaikum...hai smua..lamanyer xupdate blog nih..xder masa la..hahaha cam la bz sgt. lately banayak benda yang jadi...banyak benda yang kene wat. tu yang xsempat nak update blog. actually xder benda baru nak cerita..hahahaha sbb tu la blog ni xupdate. Last month n this month kene berulang ke Teluk Intan -KL. Abah kurang sihat..demam,jadi kene balik kampung jaga abh. Sepanjang kat kampung setiap petang kene jaga kambing..hehehe..penat gak..tapi best gak..yang jadi xbestnyer kalo kambing2 ni degil..xdengar cakap..tu memang menguji kesabaran.. mana taknyer, dekat 40 ekor kambing..ni antara pict yang ila sempat snap sepanjang ila mengembala kambing..hahahahaha

Pengembala kambing yang berjaya=)

Antara kambing yang ada.

Bukan jaga sgt pun..bergambar jek yang lebih..xder sapa pun yang nak tolong amikkan gambo.. kene la amik sendiri..dah la tgh panas..sabar itu penting..huhuhu


ni la dia kambing2 yang ada..ada lagi nih..tapi ni jek yang sibuk nak bergambo..hahaha..belakang tue kandang dia.yang tinggi tue..

Sunday, May 17, 2009

16 Mei 2009

Tanggal 16 Mei 2009...dalam sejarah hidup aku..akhirnya inilah saat yang ditunggu.. pertemuan dua keluarga untuk mengikat tali persaudaraan=).. Berdebar ada..risau ada..resah..gembira..hehehe..sume ada..mana xrisau, ni la kalipertama nak jumpa famili sebelah lelaki. Akhirnya sampai jugak saat ini untuk aku..Biasa tgk org jek..akhirnya aku sendiri melaluinya( Pihak lelaki datang merisik)Antara rombongan lelaki yang datang

Sesi Perbincangan

Jeng..Jeng!!!..saat selepas disarungkan cincin oleh ibu sebelah lelaki..hehehehe.. Terkejut gak..merisik pun sarongkan cincin..tapi apa pun Alhamdulillah..mendapat restu kedua belah keluarga.. Itu yang penting.

Bergambar bersama mama dan rombongan lelaki

Mak kepada "abg" saya..hehehe


Dulang dari sebelah lelaki...Terkejut sgt dapat dulang..sbb deal xder dulang..alih2 ada juga dulang..apa pun terima kasih sgt... ni jek hantaran yang sempat kami wat.. Sumenya manisan jek..nak cari buah dah xsempat..buah sawit ada la..hehehe=)

Antara makanan yang dihidangkan.. Sesi menjamu selera.



Bincang dah..makan pun dah..jadi masa untuk balik..jauh lagi perjalanan ni..nak balik pahang

Bergambar bersama-sama

Apa pun aku doakan yang terbaik..Jodoh ini sampai ke jinjang pelamin..anak cucu..sampai akhir hayat..sampai akhirat..sampai SYURGA..AMIN....AMIN....AMIN..dipermudahkan segala urusan..dan semoga dengan ini dpt mendekatkan diri pada yang Maha Pencipta.. apa yang penting mendapat keberkatan dariNYA..AMIN...



p/s: Terima kasih kepada mama n abah..Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menolong untuk majlis pada hari ini..Ucapan ribuan terima kasih ila ucapkan..jasamu dikenang..Thanks sgt pada abg shahir sebab sudi jadi "camera man" pada hari tue..kalo tak..xder la pict nih..hehehehe.. Thanks so much.

Monday, April 20, 2009

WANITA

Perempuan..Gadis..Dara..Janda..Semua adalah yang bernama wanita.. Wanita banyak kelebihan dan kekurangannya. Tapi berbangga kepada yang begelar wanita...dilahirkan sebagai wanita. Allah meletakkan martabat yang cukup tinggi kepada seorang wanita..Wanita solehah.

Ingatlah wanita...dan ingatla juga pada lelaki :
  1. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia
  2. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang di cintainya dan yang mencintainya
  3. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki
  4. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki, Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan
  5. Pudarlah kebahagian seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia
  6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami
  7. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
  8. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila menginginkan sesuatu
  9. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis
  10. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru mamperolehinya dengan berkahwin.


Thursday, April 16, 2009

VICTORIA STATION

Akhirnya...dapat gak makan kat VS.. lama dah teringin nak makan dalam kepala keretapi=) apa pun thanks bangat kat Firuz Shah sbb belanje ila ngan ujie makan kat sini. Xsangka ila, ada gak yang nak belanje ila makan kat sini.. Ila pun dah lupa apa nama yang ila makan. Besar2 nih..xpenah makan pakai apron..tapi kat sini pulak kene pakai apron=) satu pengalaman yang baru bagi ila..Boleh tahan gak la makan kat sini..Tapi cam segan sikit la..sbb ila org kg..masuk tempat yang ada class.jadi batak sikit la..hahahaha. xkisah la..janji kita jadi diri kita. Jangan malu untuk jadi diri sendiri selagi ia tidak bertentangan dengan agama kita. kita kene malu untuk wat salah n bertentangan ngan ajaran agama Islam. Xsemestinya baik di mata manusia akan baik dimata Yang Maha Pencipta, dan xsemestinya buruk dimata kita akan buruk dimata Yang Maha Kuasa.

Inilah antara pict yang sempat we all amik sepanjang makan kat sana. Thanks bangat yer shah.. Jasamu di kenang. Best sangat kat sini.. Sebenarnya yang wat lagi best, sbb makan free.hahaha=)


Wednesday, April 15, 2009

ASRAMA DARUL FALAH PERKIM (ASDAF)

Pertama kali dalam hidup saya..terlibat secara langsung dalam menjayakan (boleh dikatakan program kesihatan) untuk anak2 yatim( ni umah anak yatim org asli). Teruk kan??dah tua2 nih baru la nak join..org lain muda2 lagi dah banyak wat kijer amal.. Apa pun saya bersyukur sangat sbb di beri peluang dan kesempatan ini... Aktiviti ini adalah idea doktor O&G ( Hospital Bersalin) HKL untuk membantu kanak2 yang kurang berkemampuan.

Ini adalah antara doktor2 n Nurse yang menghadirkan diri diwaktu cuti bersama adik2 dirumah anak yatim.. Dr Afidah, Dr. Anizah, Dr Arifah, Sister Ros (Maaf pada yang lain yang menjayakan program ini yang ila xsebut nama, ada gak yang ila lupa nama. maaf sgt)

Hahaha=) Poyo2 jek ila tue..Apa pun saya rasa seronok..tenang bersama adik2 kat sini.. bagus mereka.. Sesi pendaftaran bermula. Segala arahan adik2 ni dengar dan patuh.. Bagus2.nnt kakak datang lagi..( Ini adalah antara penghuni ASDAF)


Ha..ini la tulang belakang kepada program kali ini.. Dr Shahbahiah ( Baju Merah). Erm..sebelah Dr Shah tue, En Din..Dia lah satu2nya jejaka yang menyertai program ni dari HKL. Tenaganya sangat2 di perlukan.Dr Shah dah xkijer kat HKL lagi..Bile boleh jumpa lagi yer?? Ila doakan doktor walau dimana pun berada, semoga sihat dan dirahmati Allah. Erm..yang baju pink Dr. Azlina, skng pun dah xder kat HKL..skang dah kijer kat Brunei..rindu ngan dr. Sume doktor2 yang baik ngan ila dah xder kat O&G HKL..hope kita akan keep in tuch 4eva. Dr. Shah, kalo ada program lagi, jangan lupa ajak ila..Insya Allah ila akan join lagi=)

Sesi rawatan oleh Dr Arifah (Skang dah jadi pakar) Tahniah

Tuesday, April 14, 2009

S.E.L.A.M.A.T P.E.N.G.A.N.T.I.N B.A.R.U

TAHNIAH....Selamat Pengantin Baru kepada kak Tun ( 2nd Sis's) n my new Brother In-Low ( Abg Shahir) semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. Erm..kakak dah kawen=) yang 2 org lagi tu xtau la bile..belum sampai seru lagi kot he2.. muda lagi..Sabar..xlari gunung dikejar( tapi masalahnye bukan nak kawen ngan gunung kan??=)) Dah sampai masa nnt..sampai la kad jemputan.. TUNGGU!!!!!!!!!!!


Safiah n Alang..Erm..anak sapa la yang gedik nih=) Sayang Pia..nnt dah besar jadi org yang berguna yer..dengar cakap org tua..jangan nakal2 (kalo nakal..alang rotan=))



Ini la 4 dari 5 anak perempuan Abdul Rahman & Latifah.. Dari kiri..Ila (sayala tue) kak un ( 1st Sis's) Kak Tun (2nd sis's) Uji (my twin).. Amacam??comel2 tak??tapi 2 dah kawen...yang dua tepi tue jek tau yang lumkawen..kalo nak ngorat...yang dua tepi jek..yang tgh2 xleh..he2=)

Monday, April 13, 2009

APA ADA PADA MA'AHAD AL-UMMAH??

Ma'ahad Ummah???
Banyak yang ada dengan Ma'ahad Ummah. Terlalu banyak..Disinilah saya terutamanya dan kawan2 amnya mengenal erti sebuah kehidupan..sebuah persahabatan..kasih sayang..ukhuwah.. Di sinilah segalanya bermula. Rindu pulak bile teringat kisah2 yang terjadi selama berada disana.. Pahit manis semua tinggal kenangan=) Sayang semua guru2, ustaz, ustazah, kakak2, abang2 dan adik2 di sana. Pergi la mana sekalipun..Ma'ahad tetap di hati..Ma'ahad tetap diingati..Ukhuwah terikat padu bagi rasanya tiada apa yang dapat memisahkan dan memutuskannya. Segala ilmu yang di ajar Insya Allah akan terus menjadi panduan menjalani hidup yang penuh cubaan dan rintangan.. Bagai terngiang2 suara ustaz wan memberi ceramah yang cukup bersemangant sehingga yang mendengarnya dapat merasai semangat yang disampaikan.. Rindu pada Ma'ahad yang dulu..Rindu segala-galanya yang ada di Ma'ahad.. Susah senang..rungutan..ngomelan..tangisan..gelaktawa..semuanya..tinggal kenangan. Rindu..Rindu.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenanga pengajar atas semua ilmu yang dicurahkan..Terima kasih kepada semua teman2..Terima kasih.. Harap ukhuwah ni akan berpanjangan sampai bila2.